Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

Saturday, December 15, 2007

KONVOI PANTAI TIMUR

Seminggu selepas balik daripada Hong Kong, kami sekeluarga telah mengikuti Konvoi Pantai Timur under family Hj Darmin. Percutian nie dah dirancang sejak awal tahun dan kami semua telah mengumpul dana. Seronok... cerita lebih lanjut boleh layari http://www.aldarini.blogspot.com/

Sunday, November 18, 2007

DISNEYLAND HONG KONG


Seperti yang telah dirancangkan, kami sekeluarga telah selamat bercuti di Hong Kong & kembali ke Malaysia pukul 3.00 pagi tadi. Home sweet home.. letih badan especially dengan kerenah Anas tapi kenangan bercuti bersama anak-anak selama 4 hari 3 malam memang menyeronokkan apatah lagi sebelum berangkat, I've still got appointment & attending agents under me..by 4pm hubby dah bising suruh balik rumah jangan letih sangat, malam dah nak bertolak.. Just imagine we pax the things last minutes..takut gak tertinggal barang..Btw inilah masa merehatkan kepala & badan sebelum full momentum untuk next Islamic Fund. No no handphone. I had leave it to my sis, which eventually is also my agent & ask her to settle few things before departure to Hong Kong... banyak betul amanat pada dia.. jangan lupa nie, jangan lupa tu he he he untung ada adik... manalah tau di saat saat nak pergi ada new fund plak
Azan sent us to Changi Airport at 2.30 am in the morning. Arrived at Changi 4.00 am.. wait a while & perform our Subuh prayer & yahooo.. we were on board by 6.30 am to Hong Kong. Seperti yang dijangkakan, our nightmare.. Anas was so active kat dalam flight.. Ya Allah malu sungguh. Terasa macam nak bagi injection penenang jer rasa kat Anas. Aiman plak demam. We safely landed at 10.30 am & reached our hotel at 12.30pm. Masuk tidur jap sebelum berjalan-jalan di sekitar Hotel.
Dengan berbekalkan peta di tangan kami berjalan di sekitar soy street hinggalah ke ladies market yang tak ubah seperti Petaling street. Agak-agak tak nak beli barang jangan tanya, nanti kena marah. Jumlah penduduk yang teramat padat sangat menyukarkan kami untuk bergerak. Setelah membeli sedikit cenderahati di ladies market & night market kami terus pulang ke Hotel untuk tidurrrrr.... esok hari kami ada agenda yang lebih menarik.....
Muka-muka ceria anak2 yang lebih sihat pada hari kedua nie untuk meneruskan agenda seterusnya... sightseeing. Kami ke Tsim Tha Tui. kowloon untuk melihat ibu kota Hong Kong. Panaroma yang indah dapat dilihat daripada Golden Bauhinia Square, biggest convention centre in Hong Kong. Hong Kong bukanlah negara pertanian ataupun perindustrian, sumber kekayaan datang daripada banking sector & stock market. Setiap Tahun ramai tycoon muda muncul hasil daripada kebijaksaan dalam banking sector & stock market.

Kami singgah sebentar di Aberdeen fishing village sambil menaiki bot.
Daripada Aberdeen fishing village kami ke Repulse Bay, Di repulse Bay, pemandangan begitu indah dengan deretan rumah bergaya mediterania yang di bangun di atas bukit dan cukup mahal serta mampu membuat mulut kami ternganga dengan harga hartanah sebuah rumah mencecah USD 150 juta. harga seliter petrol juga sangat mahal USD 2 seliter. Anda juga perlu membeli parking lot berharga USD 2 juta untuk menyimpan kereta.

& seterusnya kami ke jewellery centre milik salah seorang orang-orang paling kaya di Hong Kong. kebetulan beliau ada sewaktu kami berkunjung & peluang untuk bertemu dengan pemilik JC. orang ramah & humble
Nak kata kami nie type advanture tak juga.. tapi terasa advanture ler juga jalan kaki jauh tu 2km.. tapi tak terasa penat sebab kedai yang bersambung. Melihat budaya hidup orang luas pandangan. Lepas rehat.. solat jamak, kami try plak guna subway di Hong Kong.. berjaya juga rupanya.. daripada kowloon kami ke Victoria Peak. Pemandangan Kota Metropolitan Hong Kong memang superb!
Pemandangan daripada Victoria Peak. Cantik sungguh! Tapi terlalu sejuk...setengah jam pun dah nak beku rasanya.. Terasa berbaloi jugalah walaupun terpaksa beratur panjang menunggu tram ditengah kesejukan untuk turun ke bawah. Cuma kesian pada anak2.. agak pelik sikit dengan ketidak perihatinan orang-orang sekeliling yang membiarkan kami membawa infant (Anas) yang dah kebiruan sebab sejuk terpaksa beratur sama..

Sepanjang 2 hari Aiman sibuk bertanya, "bila kita nak ke Disneyland ni mama?".. jeng jeng2.. inilah masa yang ditunggu.. Ada couch yang membawa kami daripada Stanford Hotel ke Disney hollywood Hotel.
Cantik sungguh Hotel nie...selesa & memang sangat menitik beratkan keselesaan kami yang mebawa anak-anak bercuti.. yelah.. namanya pun Disneyland untuk budak2.. tapi mak budak plak terlebih excited. menariknya di sini tiket kami adalah multiple entry untuk sepanjang dua hari & couch disediakan setiap 10 minit daripada Hotel ke Disneyland. Senanglah kami nak solat & makan.
Bergambar bersama karektor kartun Disneyland.. Anas scared!!! he he he
kami mengeksplore Fantasyland.
Aiman seronok di Tomorrowland.. Sekarang giliran mama plak yang seronok... dari kecil2 suka tengok cinderella, snowwhite, Sleeping Beauty.. mcm comel2 jerk..
Kami balik ke Hotel, rehat, solat, makan & kembali semula ke Disneyland untuk tengok Fireworks.
Fireworks besttttttttttt sangat2.....
balik daripada tengok fireworks kami melepak jap kat lobby Hotel.

2nd day, kali nie lebih rilek.. kami sewa stroller untuk Aiman sebab dia dah start sakit kaki & letih sebab banyak sangat aktivit & berjalan sepanjang 4 hari... cian anak mama..

Cantik betullah castle... emmm this time... terpaksalah mengaku sebab mama yang terover excited daripada anaknya.

Aiman suka betul dekat Disney's adventure land ni sebab dia memang peminat LION KING..
The above is truly Aiman's Concert.. menjerit2 macam tengok artis kat konsert.. tapi jerit nama SIMBA, PUMBA & TIMON.. he he he.. kelakor plak tengok.. Anas pun best... tepuk-tepuk tangan.
This time mama enjoy tengok "the Golden mickey Show".. Ayah cool ajer...This is end of our trip to Disneyland.. I told Aiman, this will be our last visit to Disneyland HK, coz mama will save money for other country...tapi manalah tau one day Aiman plak yang bawak mama & ayah... he he he....

While waiting for our couch to Hong Kong International Airport, kami sempat berjalan2 di garden Hotel... cantik sangat2

BYE2 Hong Kong... seribu satu kenangan manis untuk kami sekeluarga... Mudah2an dimurahkan rezeki untuk next overseas's trip.

Sunday, May 27, 2007

Cuti Sekolah

Yahooooo!.. Saya dah cuti sekolah. .. Saya suka sangat sebab tak payah bangun pagi-pagi pergi sekolah ( he he he ni luahan hati Aiman)..Mama saya sangat sibuk akhir-akhir nie..sebab tu dia dah lama tak update blog yer.. auntie Azie..tapi untuk entry kali nie saya yang nak bercerita bagi pihak mama saya..:)
Setelah sekian lama mama saya janji nak bawa saya tengok ikan jerung, barulah minggu ni mama & ayah berkesempatan bawa saya jalan-jalan ke KL... ye ye ye..saya nak naik LRT.. Kalau tak kerana nenek minta tolong ayah ambilkan barang-barang Cik Ina saya (Dia baru abis study kat UITM)..dah tentu cuti sekolah nie saya cuma duduk kat rumah tengok TV..:)..terima kasih nenek!
Di KL, saya tinggal kat rumah mak ngah (kakak ayah saya), Dari Sungai Besi saya naik LRT & tukar putra ke KLCC.. alangkah "JAKUN" nyer saya naik LRT.. sampai di KLCC, saya jalan2 cuci2 mata dulu sambil terasa bengang dengan mama sebab dia sibuk masuk kat kedai2.. nak shopping lah tu! Tapi saya tarik tangan dia sebab saya dah tak sabar nak tengok jerung! Saya rasa ayah mesti berterima kasih dengan saya..:)..Tak tau bagaimana saya nak luahkan betapa "kagumnya" saya tengok ikan yang besar-besar tu... seperti dalam gambar-gambar dibawah: Gambar saya tak banyak di bawah ni sebab saya takut... he he he saya terasa berada kat dalam air & macam jerung atas saya tu nak makan saya. Mama saya suka sangat dengan gambar jerung yang ada kat atas kepala dia. Saya pulak suka tengok gambar adik dengan jerung.. adik cool ajer... tak takut pun!
Setelah habis round Aquaria, mama bawak saya main clay dalam Aquaria juga. Mama suka sangat tengok saya buat turtle. Kesian saya tengok mama ni... yelah busy menanjang dia ni.. kerja sekolah saya pun ayah yang tengok..dia selalu tak der masa.. tak perasan agaknyer saya ni dah besar..mama saya ni garang tapi baik hati..Dia selalu ugut saya tak nak belikan toys & kawasan yang sewaktu dengannya bila saya nakal! Saya memang nakal dan selalu ponteng sekolah.. bibik saya pun takut dengan saya..Hari tu saya ponteng sekolah hari kedua minggu periksa.. mama saya mengamuk.. takut juga.. tapi saya tahu hati dia lembut bila cikgu inform saya adalah antara pelajar yang dapat markah 100% untuk kertas hari pertama & cikgu arrange saya ambil paper yang saya ponteng tu hari lain.. Saya buat macam tu sebab saya nak perhatian lah mama....apa-apa pun saya nak ucap terima kasih sebab mama belikan saya i-clay.. bolehlah saya mempraktiskan kekreativitian saya ni.

Alhamdulillah saya dah dapat pun tengok ikan2 yang besar & cantik-cantik. Semoga Allah murahkan lagi rezeki mama & Ayah, boleh lah diorang selalu bawa saya dan adik jalan-jalan.










Sunday, April 1, 2007

CUTI2 MALAYSIA AND RIZAL'S WEDDING

Tak sabar rasanya menunggu hujung minggu, I've been waiting this small gathering for quite sometime actually. Alhamdulilllah, my old frenz telah pun mendirikan masjid. Kami semua doakan semoga rumah tangga yang dibina berkekalan ke akhir hayat. Di saat begini terkenang zaman2 sekolah. Thanks to marzuki yang bersungguh-sungguh mengumpul kawan-kawan. Walaupun tak ramai yang datang, dapat jugak jumpa you guys. Butet pun semakin GANGSTARZ sekarang he he he..mat Noh & Fendi maintain. Marzuki a.k.a chalok a.k.a shinyu' semoga kita semua berjumpa lagi yer.. salam buat Joe maaf tak dapat datang kenduri kome..
After going through hectic & stressful week, finally I had a chance to relax. But still my mind spinning around thinking how to settle my "market problem", I have made big big mistake recently.. feel like arrggghhh I WANT TO RESIGN. OK.. holiday is holiday. Stop thinking of that! people made mistake.. saje nak sedapkan hati. To my sayang busyuk Aiman n Anas "here we are in MALACCA.. lets ENJOY!!!"
Aiman extremely excited to see the animals. Although we had to walk for few km i think, he seems energetic tak penat pun. He love to compare the animals with the movie charactor such as alex, malmon in madagascar. Feeding the elephant & horse riding had spice up our zoo trip.

Last but not least is swimming time..This resort has excellent service & a very clean pool. Definitely will come again.