Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Wednesday, January 28, 2009

Update terkini

Salam buat semua,
Menyepi tanpa update.. sedih tak terkata,my dear sister, kak ija di sahkan secara klinikal breast cancer stage 4 selepas 3 thn survive from stage stage 3. Buat kak ija, doa kami sentiasa buat akak. Mudah2an cepat sembuh, diberi kekuatan & tabah melalui dugaan.

Lebih sedih lagi my 2nd brother, Pak Ngah di masukkan ke JSH last week kerana kompikasi jantung & tanda-tanda strok. 2 bulan lagi insya Allah pak ngah akan buat pembedahan jantung. Mudah2an pak ngah juga di beri kekuatan, cepat sihat & sabar dengan dugaan. & tanda kebesaran Allah, kami semua makin rapat & sangat menyayangi each other.

Melangkah ke 2009 lebih bermakna dengan kelahiran orang baru dalam keluarga, Adam Rayyan Hafiy, lahir 1/1/2009 sama tarikh lahir dengan suami tercenta. Hadiah paling istimewa untuk hubby. Adam lahir di hospital penawar, kali ini dengan Dr S bukan Dr T. Istimewanya kali ini hubby memotong tali pusat Adam sendiri dengan bantuan Dr S yang dah berkhidmat 14 tahun di UK. & inilah pertama kalinya bersalin tanpa bantuan epidural & barulah tahu betapa azabnya sakit melahirkan.. Terima kasih banyak2 untuk suami & Dr S yang banyak memberi sokongan psikology. Alhamdulillah Adam tak meragam setakat ini. mudah2an terus memudahkan mama & ayah ya anak ku sayang.

Tahniah buat buah hati mama yang sudah melangkah ke tahun 1 tahun ini di sekolah rendah islam hidayah. Buat Aiman, belajar rajin-rajin, semoga berjaya di dunia & akhirat. Kejarlah ilmu dunia & akhirat dengan seimbang. Impian mama biarlah Aiman menjadi ilmuan islam bila Aiman besar nanti.Insya Allah..

Update seterusnya majlis kenduri adik ipar..cik Mai & Cik Ijan. Dah lama tak ada kenduri kawin di rumah MIL.lebih kurang seusia perkahwinanku. Cantik manis pengantin serba biru.

Ni plak gambar resepsi di pihak lelaki. Anas adalah orang yang paling sedih sebab makcik kesayangan dia @ makcik yang selalu dia mengendeng kalau nak gie jalan cik mai dah kawin & tak duduk dengan kami lagi. Semoga rumah tangga yang di bina buat cik Mai & cik Ijan berkekalan ke akhir hayat.

Wednesday, December 17, 2008

Cerita anak-anak

Just to share with u guys, recent updates on Aiman & Anas. They just love the "Wonder pets".. kartun kat TV9 sampaikan mama dia pun ikut sekali suka..TV programmes had influenced the kiddos. Anas sang the song " Apa yang penting kerjasama" so apa-apa yang dia buat sekarang mesti ada kerjasama.. he he lawak2.. lipat comforter pun nyanyi lagu wonder pets. Baru-baru ni bibik dikejutkan dengan incident mak kucing lahirkan anak kat tepi pokok serai umah kitorang & tinggalkan jer anak dia kat situ.. tak susukan pun sedih..zalim betul kucing tu.." kes rogol" kot :) ha ha. Nasib baik ada " apa yang penting kerjasama" . Anas was really busy that day helping bibik preparing milk, tempat untuk baby2 kucing tu.. look at them in the photos..
Kesian kat Aiman cuti sekolah tak gi jalan-jalan pun except for balik kampung for few weeks tinggal dengan atuk & nenek bersama2 Anas & bibik, I brought them to the nearest park, apa lagi Bukit Layang2 lah..mama Aiman sarat mengandung so Ayah tak berani ke mana-mana. Attached plak kat gambar tu, Anas yg suka sangat posing bila amik gambar..




lastly update on Aiman's birthday. Semoga Aiman membesar menjadi anak yang soleh, berjaya dunia & akhirat..as you can see.. siapakah yang paling busy kat gambar tu & suka menyibuk? besday orang pun dia wat macam besday dia...

c u on next enrty

Monday, November 3, 2008

Salam Semua

Salam...dekat setahun tak update blog..Sebenarnya tak lah sibuk mana cuma penyakit M agaknya. Buat kawan2 yang rajin bertanya especially Qim & Kak Azie, ni gambar2 latest Aiman & Anas captured masa hari raya and coming soon Jan 2008 orang baru dalam keluarga kami. Cuti raya kali ni, kami memang berehat panjang. Almaklum jer lah kami suami isteri dah berhenti kerja & memilih untuk bekerja sendiri. Hampir 2 minggu kami bercuti di kampung. Seronok :).. especially Aiman & Anas. Cuma kesian kat atuk & nenek bz sikit melayan kerenah Aiman & Anas.
Insya Allah mudah2an rajin sikit lah lepas nie mengupdate blog..


Thursday, October 4, 2007

Sekitar Majlis Iftar

Alhamdulillah di beri peluang oleh Allah S.W.T to meet Ramadhan Al Mubarak.. macam dah basi plak.. Lama sungguh tak update. Ramadhan kali ini sibuk sungguh seperti tahun-tahun sudah. Seronok bertemu Ramadhan & rasa sedih Ramadhan akan pergi tak lama. Mudah2an beroleh kesihatan yang baik di 10 malam terakhir. Kuih raya kali ni guna hujung jari dah siap. Bukan malas chewah alasan sungguh! tapi tak berkesempatan. Persiapan hari raya buat anak-anak tersayang & suami tercinta pun dah settle.. emmm lega sikit. Sebenarnya seronok sangat berpuasa tahun ni sebab buah hati yang sulung Aiman Mifzal Uzair hanya ponteng puasa pada hari pertama sahaja & sampai ke hari ini Allah beri dia kekuatan untuk berpuasa penuh.. alhamdulillah. Pengaruh kawan2 di sekolah. kagum betul melihat anak-anak sekarang nie.. matang & cerdik Aiman & kawan-kawan disekolah dah berpuasa seawal 5 tahun... dok bayang dulu-dulu 7 tahun pun masih separuh hari lagi. & keseronokan pulak di tambah dengan majlis iftar adik beradik & kawan2. Minggu pertama berpuasa hari sabtu kami berbuka puasa di rumah Mak Ndak. Menu special ikan keli masak pecal.. sedap sungguh..
The following week plak kat rumah sendiri. Letih sungguh nasib baik ler ada ada cik mai( adik ipar) membantu ringan sikit... rasanya..

On week day plak berbuka puasa di rumah kawan2 & rumah sendiri ikut giliran.. :)


& setakat nie last di rumah Pak Long.. sebenarnya rumah mak teh dulu sebelum beriftar dirumah pak long.. tapi gambar pada mak ndak.. anyway more updates coming in lepas nie... hujung minggu nie rumah pak ngah & pak lang...
Insya Allah akan segera diupdate.



Monday, May 14, 2007

Selamat Hari Ibu


Selamat Hari Ibu,

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Al-Israa’ 17: 24)


Ya Allah tempatkan arwah ibu dan bapaku di dalam golongan orang-orang yang beriman & bertaqwa.

& buat mak (MIL), terima kasih atas kasih sayang mak pada kami sekeluarga. Pengorbanan mak hanya Allah jua yang membalasnya.