Wednesday, January 28, 2009

Update terkini

Salam buat semua,
Menyepi tanpa update.. sedih tak terkata,my dear sister, kak ija di sahkan secara klinikal breast cancer stage 4 selepas 3 thn survive from stage stage 3. Buat kak ija, doa kami sentiasa buat akak. Mudah2an cepat sembuh, diberi kekuatan & tabah melalui dugaan.

Lebih sedih lagi my 2nd brother, Pak Ngah di masukkan ke JSH last week kerana kompikasi jantung & tanda-tanda strok. 2 bulan lagi insya Allah pak ngah akan buat pembedahan jantung. Mudah2an pak ngah juga di beri kekuatan, cepat sihat & sabar dengan dugaan. & tanda kebesaran Allah, kami semua makin rapat & sangat menyayangi each other.

Melangkah ke 2009 lebih bermakna dengan kelahiran orang baru dalam keluarga, Adam Rayyan Hafiy, lahir 1/1/2009 sama tarikh lahir dengan suami tercenta. Hadiah paling istimewa untuk hubby. Adam lahir di hospital penawar, kali ini dengan Dr S bukan Dr T. Istimewanya kali ini hubby memotong tali pusat Adam sendiri dengan bantuan Dr S yang dah berkhidmat 14 tahun di UK. & inilah pertama kalinya bersalin tanpa bantuan epidural & barulah tahu betapa azabnya sakit melahirkan.. Terima kasih banyak2 untuk suami & Dr S yang banyak memberi sokongan psikology. Alhamdulillah Adam tak meragam setakat ini. mudah2an terus memudahkan mama & ayah ya anak ku sayang.

Tahniah buat buah hati mama yang sudah melangkah ke tahun 1 tahun ini di sekolah rendah islam hidayah. Buat Aiman, belajar rajin-rajin, semoga berjaya di dunia & akhirat. Kejarlah ilmu dunia & akhirat dengan seimbang. Impian mama biarlah Aiman menjadi ilmuan islam bila Aiman besar nanti.Insya Allah..

Update seterusnya majlis kenduri adik ipar..cik Mai & Cik Ijan. Dah lama tak ada kenduri kawin di rumah MIL.lebih kurang seusia perkahwinanku. Cantik manis pengantin serba biru.

Ni plak gambar resepsi di pihak lelaki. Anas adalah orang yang paling sedih sebab makcik kesayangan dia @ makcik yang selalu dia mengendeng kalau nak gie jalan cik mai dah kawin & tak duduk dengan kami lagi. Semoga rumah tangga yang di bina buat cik Mai & cik Ijan berkekalan ke akhir hayat.