Saturday, December 15, 2007

KONVOI PANTAI TIMUR

Seminggu selepas balik daripada Hong Kong, kami sekeluarga telah mengikuti Konvoi Pantai Timur under family Hj Darmin. Percutian nie dah dirancang sejak awal tahun dan kami semua telah mengumpul dana. Seronok... cerita lebih lanjut boleh layari http://www.aldarini.blogspot.com/

Sunday, November 18, 2007

DISNEYLAND HONG KONG


Seperti yang telah dirancangkan, kami sekeluarga telah selamat bercuti di Hong Kong & kembali ke Malaysia pukul 3.00 pagi tadi. Home sweet home.. letih badan especially dengan kerenah Anas tapi kenangan bercuti bersama anak-anak selama 4 hari 3 malam memang menyeronokkan apatah lagi sebelum berangkat, I've still got appointment & attending agents under me..by 4pm hubby dah bising suruh balik rumah jangan letih sangat, malam dah nak bertolak.. Just imagine we pax the things last minutes..takut gak tertinggal barang..Btw inilah masa merehatkan kepala & badan sebelum full momentum untuk next Islamic Fund. No no handphone. I had leave it to my sis, which eventually is also my agent & ask her to settle few things before departure to Hong Kong... banyak betul amanat pada dia.. jangan lupa nie, jangan lupa tu he he he untung ada adik... manalah tau di saat saat nak pergi ada new fund plak
Azan sent us to Changi Airport at 2.30 am in the morning. Arrived at Changi 4.00 am.. wait a while & perform our Subuh prayer & yahooo.. we were on board by 6.30 am to Hong Kong. Seperti yang dijangkakan, our nightmare.. Anas was so active kat dalam flight.. Ya Allah malu sungguh. Terasa macam nak bagi injection penenang jer rasa kat Anas. Aiman plak demam. We safely landed at 10.30 am & reached our hotel at 12.30pm. Masuk tidur jap sebelum berjalan-jalan di sekitar Hotel.
Dengan berbekalkan peta di tangan kami berjalan di sekitar soy street hinggalah ke ladies market yang tak ubah seperti Petaling street. Agak-agak tak nak beli barang jangan tanya, nanti kena marah. Jumlah penduduk yang teramat padat sangat menyukarkan kami untuk bergerak. Setelah membeli sedikit cenderahati di ladies market & night market kami terus pulang ke Hotel untuk tidurrrrr.... esok hari kami ada agenda yang lebih menarik.....
Muka-muka ceria anak2 yang lebih sihat pada hari kedua nie untuk meneruskan agenda seterusnya... sightseeing. Kami ke Tsim Tha Tui. kowloon untuk melihat ibu kota Hong Kong. Panaroma yang indah dapat dilihat daripada Golden Bauhinia Square, biggest convention centre in Hong Kong. Hong Kong bukanlah negara pertanian ataupun perindustrian, sumber kekayaan datang daripada banking sector & stock market. Setiap Tahun ramai tycoon muda muncul hasil daripada kebijaksaan dalam banking sector & stock market.

Kami singgah sebentar di Aberdeen fishing village sambil menaiki bot.
Daripada Aberdeen fishing village kami ke Repulse Bay, Di repulse Bay, pemandangan begitu indah dengan deretan rumah bergaya mediterania yang di bangun di atas bukit dan cukup mahal serta mampu membuat mulut kami ternganga dengan harga hartanah sebuah rumah mencecah USD 150 juta. harga seliter petrol juga sangat mahal USD 2 seliter. Anda juga perlu membeli parking lot berharga USD 2 juta untuk menyimpan kereta.

& seterusnya kami ke jewellery centre milik salah seorang orang-orang paling kaya di Hong Kong. kebetulan beliau ada sewaktu kami berkunjung & peluang untuk bertemu dengan pemilik JC. orang ramah & humble
Nak kata kami nie type advanture tak juga.. tapi terasa advanture ler juga jalan kaki jauh tu 2km.. tapi tak terasa penat sebab kedai yang bersambung. Melihat budaya hidup orang luas pandangan. Lepas rehat.. solat jamak, kami try plak guna subway di Hong Kong.. berjaya juga rupanya.. daripada kowloon kami ke Victoria Peak. Pemandangan Kota Metropolitan Hong Kong memang superb!
Pemandangan daripada Victoria Peak. Cantik sungguh! Tapi terlalu sejuk...setengah jam pun dah nak beku rasanya.. Terasa berbaloi jugalah walaupun terpaksa beratur panjang menunggu tram ditengah kesejukan untuk turun ke bawah. Cuma kesian pada anak2.. agak pelik sikit dengan ketidak perihatinan orang-orang sekeliling yang membiarkan kami membawa infant (Anas) yang dah kebiruan sebab sejuk terpaksa beratur sama..

Sepanjang 2 hari Aiman sibuk bertanya, "bila kita nak ke Disneyland ni mama?".. jeng jeng2.. inilah masa yang ditunggu.. Ada couch yang membawa kami daripada Stanford Hotel ke Disney hollywood Hotel.
Cantik sungguh Hotel nie...selesa & memang sangat menitik beratkan keselesaan kami yang mebawa anak-anak bercuti.. yelah.. namanya pun Disneyland untuk budak2.. tapi mak budak plak terlebih excited. menariknya di sini tiket kami adalah multiple entry untuk sepanjang dua hari & couch disediakan setiap 10 minit daripada Hotel ke Disneyland. Senanglah kami nak solat & makan.
Bergambar bersama karektor kartun Disneyland.. Anas scared!!! he he he
kami mengeksplore Fantasyland.
Aiman seronok di Tomorrowland.. Sekarang giliran mama plak yang seronok... dari kecil2 suka tengok cinderella, snowwhite, Sleeping Beauty.. mcm comel2 jerk..
Kami balik ke Hotel, rehat, solat, makan & kembali semula ke Disneyland untuk tengok Fireworks.
Fireworks besttttttttttt sangat2.....
balik daripada tengok fireworks kami melepak jap kat lobby Hotel.

2nd day, kali nie lebih rilek.. kami sewa stroller untuk Aiman sebab dia dah start sakit kaki & letih sebab banyak sangat aktivit & berjalan sepanjang 4 hari... cian anak mama..

Cantik betullah castle... emmm this time... terpaksalah mengaku sebab mama yang terover excited daripada anaknya.

Aiman suka betul dekat Disney's adventure land ni sebab dia memang peminat LION KING..
The above is truly Aiman's Concert.. menjerit2 macam tengok artis kat konsert.. tapi jerit nama SIMBA, PUMBA & TIMON.. he he he.. kelakor plak tengok.. Anas pun best... tepuk-tepuk tangan.
This time mama enjoy tengok "the Golden mickey Show".. Ayah cool ajer...This is end of our trip to Disneyland.. I told Aiman, this will be our last visit to Disneyland HK, coz mama will save money for other country...tapi manalah tau one day Aiman plak yang bawak mama & ayah... he he he....

While waiting for our couch to Hong Kong International Airport, kami sempat berjalan2 di garden Hotel... cantik sangat2

BYE2 Hong Kong... seribu satu kenangan manis untuk kami sekeluarga... Mudah2an dimurahkan rezeki untuk next overseas's trip.

Thursday, October 4, 2007

Sekitar Majlis Iftar

Alhamdulillah di beri peluang oleh Allah S.W.T to meet Ramadhan Al Mubarak.. macam dah basi plak.. Lama sungguh tak update. Ramadhan kali ini sibuk sungguh seperti tahun-tahun sudah. Seronok bertemu Ramadhan & rasa sedih Ramadhan akan pergi tak lama. Mudah2an beroleh kesihatan yang baik di 10 malam terakhir. Kuih raya kali ni guna hujung jari dah siap. Bukan malas chewah alasan sungguh! tapi tak berkesempatan. Persiapan hari raya buat anak-anak tersayang & suami tercinta pun dah settle.. emmm lega sikit. Sebenarnya seronok sangat berpuasa tahun ni sebab buah hati yang sulung Aiman Mifzal Uzair hanya ponteng puasa pada hari pertama sahaja & sampai ke hari ini Allah beri dia kekuatan untuk berpuasa penuh.. alhamdulillah. Pengaruh kawan2 di sekolah. kagum betul melihat anak-anak sekarang nie.. matang & cerdik Aiman & kawan-kawan disekolah dah berpuasa seawal 5 tahun... dok bayang dulu-dulu 7 tahun pun masih separuh hari lagi. & keseronokan pulak di tambah dengan majlis iftar adik beradik & kawan2. Minggu pertama berpuasa hari sabtu kami berbuka puasa di rumah Mak Ndak. Menu special ikan keli masak pecal.. sedap sungguh..
The following week plak kat rumah sendiri. Letih sungguh nasib baik ler ada ada cik mai( adik ipar) membantu ringan sikit... rasanya..

On week day plak berbuka puasa di rumah kawan2 & rumah sendiri ikut giliran.. :)


& setakat nie last di rumah Pak Long.. sebenarnya rumah mak teh dulu sebelum beriftar dirumah pak long.. tapi gambar pada mak ndak.. anyway more updates coming in lepas nie... hujung minggu nie rumah pak ngah & pak lang...
Insya Allah akan segera diupdate.



Sunday, September 2, 2007

Bibik ku kabur

Bibik oh bibik! Kalau nak cerita pasal bibik ni geram betullah.. dah banyak duit habis. Kena tipu dengan agentlah, bibik tua kuat merajuk, bibik tak betul, dan last sekali kerja bagus tiba-tiba kabur setelah diberi cuti sempena merdeka ari tu. Alasan dia tak nak balik semula kerja disebabkan tak tahan dengan Aiman. kompius betullah... macam mana plak dia boleh tak tahan dengan Aiman nie?? Aiman dera bibik ker? Apa-apa pun alasan dia tak tahan dengan Aiman yang suka buli dia sungguh tak logik... tak logik...Bermula hari esok Aiman & Anas kena duduk kat nursery. pening jugak kepala dibuatnya ni.. boleh ke nak survive ni? Insya Allah...

Tuesday, August 28, 2007

Long silence

Seharian roadshow hujung minggu PU**LI*C M**T*AL di Johor Specialist Hospital benar-benar mengusik perasaan. Bukan rejection tapi kenangan silam.. kenangan berbelas tahun lamanya seawal usia remaja bila arwah mak di jemput ilahi.. di situlah tempatnya..Air mata yang tertumpah ditahan, malu dilihat orang. Mak & abah menghembuskan nafas terakhir di wad ICU tingkat 2. Sedih & rindu sukar ditahan..betapa besarnya pengorbanan mak dan abah membesarkan anak-anak. Tak berkesempatan membalas jasa, Cuma doa buat mak dan abah tersayang.. Dan magrib semalam sekali lagi airmata tertumpah di sejadah sambil ditenangkan Aiman.

“Kenapa mama menangis?”
“Mama sedih ingat nenek. Dari kecik mama tak der mama lagi”
Aiman memeluk & melentukkan kepala dibahu…”mama, kalau ayah dah tak der, nanti abang jaga mama sampai bila-bila”

Allah… sayunya… makin derasnya airmata tanpa sebarang kata-kata yang terluah….masya Allah anak-anaklah penyejuk hati.

Buat kak azi dan qim,

After long silence, here are quick updates

1) I had miscarriage. Aiman & Ayah was upset. Aiman keep asking me, “kenapa mama tak tahan baby daripada keluar?” memang sedih pun tapi tak der rezeki. Next time I’ll be extra careful bila berjalan di atas lantai yang licin.. ehh can I sue T*Y*T* service centre? The floor was slippery at that time tapi it was my mistake too, saper suwuh pakai kasut tinggi masa mengandung..

2) Aiman can ride bicycle without support tayar sebelah kanan & kiri.. it was last month but it has not been recorded.. Now the bicycle a bit too small for him kena beli yang baru tapi tak sempat gak nak gi kedai basikal.. . I bought that bicycle when he was 2 now sekarang Aiman dah besar.

3) Anas can say few words clearly such as mama, ayah, babang (abang actually), tak nak, bird, cicak, cat, sensored word when he ask me to nurse him tet*k. Although he spends most of the time with bibik, he is so attached dengan mama.

4) Meanwhile my unit trust business with P**L** Mutual expanding alhamdulillah.. syukur ke hadratnya.. I am recruiting more agents under me & in progress of taking the FMUTM examination. Personal sales bulan nie dah break my own PS record. May Allah bless all my effort…& sabar mengharungi cabaran2 & rejections.

5) Tuition terpaksa stop dulu kerana kekurangan masa buat anak-anak tersayang.

I need to FOCUS…

Saturday, July 7, 2007

7.07.07 Makan-makan

Seperti sedia maklum, makan2 adalah agenda mengeratkan silaturrahim in my family. Kalau tak der program nie maka susahlah nak kumpul adik beradik. 7.07.07 I had took the opportunity to belanja the whole family kat My Friend Tom Yam Kempas bersempena promotion from normal UTC to Mutual Fund Agency Supervisor dan juga to celebrate my birthday, my sister & her husband & not forgetting my dear niece, nadia budak busyuk punya birthday. 2 years ago, I had also belanja the whole family for my promotion to Engineer 1. Tapi promotion to Engineer 1 tak lah "semasyuk" to MFAS.. guys seriously Unit TRust is really good business. Less rejection & u are helping people out there to multiple their wealth, plan for their retirement & child education. If u need my assistance you may contact me through e-mail lelakhalidah@gmail.com.

Menu? Alhamdulillah sedap.. we had satay, butter prawn, sotong goreng tepng, tom yam, tauhu jepun, kerang bakar, pari bakar, kerabu mangga, siakap stim.. licin beb.. dari jauh tengok my brothers semua dah bersandar kekenyangan sambil menikmati teh tarik & fresh orange.

Part yang paling touching, when I had received present from everybody. Thank you guys.. love u so much. I couldn't wait for the next makan2. In August we gonna have mak ndak and abg Aan's birthday.

Monday, July 2, 2007

Tagged for charity

I was tagged by kak Nurazzah . Tagging originally started from Idham's blog . BY 26th August ( his birthday ) he's planning to to have 100 bloggers who complete this meme and each meme is worth RM127 and 100 ~ RM10000 which he will donate to this orphanage. Anyone who wishes to support his effort can do so. No need to wait to be tagged.Remember, we need 100 memes by 26th August. Once this tag is done, please leave a comment in his blog to inform him that you have done the tag.

1.A person is only as good as ..their heart
2. Friendship is always... precious
3. To love is to........ love myself & people around me.
4. Money makes me....... HAPPY
5. I miss ........ masakan arwah mak
6. My way of saying I care is by ........showing my CARE
7. I try to spread love and happiness by.....treating them nicely
8. Pick the flowers when...my hand is “itchy” to pick them
9. To love someone is to.....love unconditionally
10. Beauty is.......in the eyes of the beholder
11. When I was thirteen, what I remember the most was....i had abscess on my b** and it was really painful.
12. When I was twenty one, I remember..... twenty one ++ …. I GOT MARRIED TO MY CAYANG BUCUK HUBBY !!!
13. I am most happy when ........my hubby giving permission to buy anything I like.
14. Nothing makes me happier than ......seeing all my cute little boys playing & laughing.
15. If I can change one thing, I will change.....my CAR.. upon husband a.k.a account manager’s approval
16. If smiles were....contagious.....then I.....will spread it to everyone
17. Wouldn't it be nice if we could...... JUST stay at home and taking care of the family
18. If you want to ...be respected.. then you have to ...start respecting others
19. Money is not everything but.......but everything needs money.. muahaha
20. The most touching moments I have experienced is..... the first time I hugged & kiss newly born Aiman & Anas and felt the tears running down on my cheek.
21. I smile when......I see Aiman and Anas “menyakat” each other
22. When I am happy, I....EAT and EAT
23. If only I don't have to ..go to work... then I'll stay at home and melepak with the kids.
24. The best thing I did yesterday was.... brought my sons to the park & watched them playing around.
25. If I ever write a book, I will give it this title,"A career(CRAZY) mother juggling 5 jobs at the same time"
26. One thing I must do before I die is....perform HAJ together with hubby
27. Doing this meme, I feel like .... a small thing that I did, hope it could benefit the orphanage.

And now, I am tagging my dear blogger friends: Hope you will have some time, for original meme, please refer back to: "Idham's - tagged for charity".

Kak Azie

Kak Nisak @ mama sarah

Qimy

Dura

Faruha

Bayah









Saturday, June 16, 2007

7th Anniversary

I am running out of idea apa nak tulis dalam blog ni but i have something to share today. :) 17th of June is my 7th wedding anniversary. I met him 8 years ago, when I had my industrial training at one of the largest steel company in Malaysia. He was supervising me for the hydraulics part/ section. He was irritating at first..be the only lady in the section, (mechanial group), I was being bullied by them and him iiskh..iskh.. ceh ceh orang kata jangan tak suka dengan orang.. nanti boleh jatuh hati...macam betul jugak yer..tak tau bila mula rapat.. maybe bila dah balik sambung study semula.. tapi hubby selalu kata I dok ngurat dia.. cesss perasan sungguh!.. Tengok balik gambo kawin montel sungguh ler! Walaupun montel hubby tetap terima seadanya...

To my dearest hubby, no matter what happen, I love u sooooooo much..every single minutes in my life.. & I am sooooo happy be with you for the rest of my life. he he he.. nak hadiah pilih sendiri boleh???

Sunday, May 27, 2007

Cuti Sekolah

Yahooooo!.. Saya dah cuti sekolah. .. Saya suka sangat sebab tak payah bangun pagi-pagi pergi sekolah ( he he he ni luahan hati Aiman)..Mama saya sangat sibuk akhir-akhir nie..sebab tu dia dah lama tak update blog yer.. auntie Azie..tapi untuk entry kali nie saya yang nak bercerita bagi pihak mama saya..:)
Setelah sekian lama mama saya janji nak bawa saya tengok ikan jerung, barulah minggu ni mama & ayah berkesempatan bawa saya jalan-jalan ke KL... ye ye ye..saya nak naik LRT.. Kalau tak kerana nenek minta tolong ayah ambilkan barang-barang Cik Ina saya (Dia baru abis study kat UITM)..dah tentu cuti sekolah nie saya cuma duduk kat rumah tengok TV..:)..terima kasih nenek!
Di KL, saya tinggal kat rumah mak ngah (kakak ayah saya), Dari Sungai Besi saya naik LRT & tukar putra ke KLCC.. alangkah "JAKUN" nyer saya naik LRT.. sampai di KLCC, saya jalan2 cuci2 mata dulu sambil terasa bengang dengan mama sebab dia sibuk masuk kat kedai2.. nak shopping lah tu! Tapi saya tarik tangan dia sebab saya dah tak sabar nak tengok jerung! Saya rasa ayah mesti berterima kasih dengan saya..:)..Tak tau bagaimana saya nak luahkan betapa "kagumnya" saya tengok ikan yang besar-besar tu... seperti dalam gambar-gambar dibawah: Gambar saya tak banyak di bawah ni sebab saya takut... he he he saya terasa berada kat dalam air & macam jerung atas saya tu nak makan saya. Mama saya suka sangat dengan gambar jerung yang ada kat atas kepala dia. Saya pulak suka tengok gambar adik dengan jerung.. adik cool ajer... tak takut pun!
Setelah habis round Aquaria, mama bawak saya main clay dalam Aquaria juga. Mama suka sangat tengok saya buat turtle. Kesian saya tengok mama ni... yelah busy menanjang dia ni.. kerja sekolah saya pun ayah yang tengok..dia selalu tak der masa.. tak perasan agaknyer saya ni dah besar..mama saya ni garang tapi baik hati..Dia selalu ugut saya tak nak belikan toys & kawasan yang sewaktu dengannya bila saya nakal! Saya memang nakal dan selalu ponteng sekolah.. bibik saya pun takut dengan saya..Hari tu saya ponteng sekolah hari kedua minggu periksa.. mama saya mengamuk.. takut juga.. tapi saya tahu hati dia lembut bila cikgu inform saya adalah antara pelajar yang dapat markah 100% untuk kertas hari pertama & cikgu arrange saya ambil paper yang saya ponteng tu hari lain.. Saya buat macam tu sebab saya nak perhatian lah mama....apa-apa pun saya nak ucap terima kasih sebab mama belikan saya i-clay.. bolehlah saya mempraktiskan kekreativitian saya ni.

Alhamdulillah saya dah dapat pun tengok ikan2 yang besar & cantik-cantik. Semoga Allah murahkan lagi rezeki mama & Ayah, boleh lah diorang selalu bawa saya dan adik jalan-jalan.










Wednesday, May 16, 2007

Selamat Hari Guru

"Education is a process of forming fundamental disposition, intelectual and emotional towards nature and follow men" ...... John Dewey
Selamat Hari Guru buat semua guru-guru di Malaysia
Special thanks to all the students & ex-students for the calls & sms..
really appreciate that.
Wish you all the best in your coming SPM
& to my ex student wish you will success and have brighter future ahead!

Monday, May 14, 2007

Selamat Hari Ibu


Selamat Hari Ibu,

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Al-Israa’ 17: 24)


Ya Allah tempatkan arwah ibu dan bapaku di dalam golongan orang-orang yang beriman & bertaqwa.

& buat mak (MIL), terima kasih atas kasih sayang mak pada kami sekeluarga. Pengorbanan mak hanya Allah jua yang membalasnya.

Friday, May 11, 2007

Travelling


I love travel. When all the kids dah besar, I intend to backpack with hubby travelling around the world..woo woo bestnyer ..reading faizah blog, a story of her riding bicycle in France wif her kids & husband really made me teruja, in Germany plak I saw kak azie surrounded by beautiful flower, Kak Nisak & yus in UK plak really love the sceneray of the park, Kak simah in Turki, kak rina in Jourdan & the others. I remember a teacher of mine once said, "seseorang tu matang bukan usianya tapi pengalaman yang dilalui" . The only place, outside Malaysia beside singapore (frequent travel sebab kerja)that i had jejakkan kaki is Japan (also because of biz trip).The above photos taken at various seasons / places. Insya Allah di izinkan Allah kami akan ke suatu tempat bergantung pada cuti ayah Aiman & Anas. Semoga Allah panjang umur kami & murahkan rezeki..insya Allah..amin

Wednesday, May 2, 2007

cuti labor day & wesak

Setelah berhempas pulas bekerja sepanjang minggu, dikesempatan ini i had fully utilised it to have such a good rest. & the kids, as you can see they are very happy especially when i bring them to my brother house. Life is too short, spend your precious time wif you liltle ones. he he he pesanan kepada diri sendiri
Family gathering lagi. This time our generous pak long had belanja the whole family kat KFC tampoi utama. All the family members are here except for Pak uda & family, Pak Lang & family & Pak Cu. To Mak Ngah, Abg yul & Anis, kami semua doakan anda panjang umur, murah rezeki, success & makin2 comel.

Sunday, April 29, 2007

eppi besday Anas & weekend lagi



Alhamdulillah, Anas luqman Hakim already turn 1 year. Although there was not party like what we had when Aiman 1 year, we still celebrate it happily...to Anas, mama always pray for you, mudah2an Anas dipanjangkan umur, murah rezeki, jadi Anak yang soleh & berjaya di dunia & akhirat insya Allah. Mama & Ayah sayang selalu..

26 April - Anas birthday & 28 April - Mak Lang birthday. We had family gathering again to celebrate Mak Lang Birthday. & you know, Mak Lang memang hebat memasak! Kenyang sampai tak boleh bangun pekena ayam masak lomak cili api, ketam masak lomak cili padi gak, udang sambal petai. Memang sodap!! Anyway kami sekeluarga doakan mak lang panjang umur dan murah rezeki & terus sambung your master & get excellent CGPA.. & pak lang sentiasa succes in his biz. Can't wait another gathering again, coming soon Pak lang's house warming..moving to new house insya Allah in June.

I was really tired, had my nap & let the kids with my maid. Husband busy lately & terpaksa frequentlymasuk kerja sebab oncall (he is not a normal doctor, but machinery doctor :). Bila balik kerja he was asking me, siapa conteng dinding? emmmmm.... must be Aiman & then we confront with him..

Mama : Siapa conteng dinding?

Aiman : Ntah! tak tau..ada batu kat kaki abang, lepas tu tiba -tiba jer abang terconteng. (Ayah dah tersenyum).

Mama : Siapa conteng?

Aiman: Ntah

Mama: Tapi cantik kan abg Aiman lukis.

Aiman : Ha ah, abg memang pandai lukis...(KANTOIIIIII)

Mama: ooooohhhhhh abag lah yang buat...

Aiman : (Tersenyum222....)

Luckily it is water base colour, & we managed clean it..We just advise him but not scolding him, this is part & parcel in kids growth & development.